Statistics !

Sunday, December 29, 2013

Story Mory, Rumusan 2013 & Azam 2014


Assalamualaikum semuaaaa !
Setelah sekian selamanyaa baru ade masa and baru jari-jari ni terasa nk menulis.
Hehe and skrg ney pown banyakk sgt benda yg nanie nk share dgn uolls !

Alhamdulillah dah sebulan nanie kerja as a account assistant.
Alhamdulillah rezeki nanie even belum convo lg dah dapat keje dalam bidang yg nanie nak.
Mesti tertanya-tanya, eh bukan ke patut dah grad and convo ?
Haa patutnya cmtu lah tp boleh pulak tak lepas satu paper (tulah dok maen-maen lg tak sedar diri kan da repeat paper! hihi ) and nanie terpaksa la sambung lg satu sem but now mmg dah habes semuanya. Alhamdulillah. Just skrg ney dok tggu nk p convo je kt UiTM tu. Maybe bulan 5 2014 kowt. 
Memg jealous la bila tgk kawan kawan nanie semua da p convo, share-share gamba semua, post kt fb la instagram la, haihh tp apakan daya, padan la muka kt nanie kan tak belajar btoi btoi. Haha.
Tapi repeat paper pown still boleh dapat keje yg elok elok kan, ha kembang bontot hidung semualah. Hihi.
Tulah orang kata tak semestinya tak pandai tak dapat kerja btol tak ? Kalau pointer tu 4 flat flat ke tapi tak reti nak buat keje pown tak boleh jgk btol tak ? Ha bergantunglah kt rezeki masing-masing. Mungkin rezeki nanie bukan time belajar, so time keje ney la yg murah rezeki nya. Alhamdulillah lah kan.
But pape pown sentiasa doakan supaya semua kawan-kawan nanie akn dimurahkan rezekinya. Amiiinnn.

Bila dah cakap pasal kerja ney mula lah org dok cakap "bila nk kawen ney?", "kawen cepat please!", "ni dah keje ni pasni kawen plak". Haa bncg pasal kawen ney yg dok rimas, cemas, suspend semua lah. Bukan tak nak kawen tapiiiiiiiii muda lg laaa. Perancangan tu mmg ada tapi tak disetuju sbb maseh muda la, nk kena tanggung family lg, nk stabil kn kewangan dulu la, btol tak ? Takkan nak kawen je tp bila pas kawen dok makan pasir je tiap2 hari sbb dah habes duet ke kenduri kawen kan. Hahaha ade ke cmtu ? Hihi over sgt mkn pasir kan. Tipu betoi ! Hihi ;)So sebelum dok pk nk kawen tu pikir la dulu kewangan tu dah stabil ke blom, boleh ke nak tanggung ank bini kan (utk yg laki2 la). Kita yg pmpn ni tggu jela pihak laki dah ready ke belom kan. Pasrah walaupown dah tak sabar nk kawen ney. Hehe.Even kawan-kawan yg laen dah kawen and dah ade anak dah pown tp nak buat camner, sabo jela kan. Hihi. 

So, ape yg nanie boleh cakap untuk rumusan 2013 ni, memang banyak lah dugaan yg dtg, hanya Allah je yg tau ape yg nanie dah lalui. The ups and downs semua nanie dah tempuh untuk 2013 ney. So harap-haraplah 2014 ni tahun gilang gemilang nanie. Be a success woman one day and jadi isteri yg solehah pada satu hari nanti. Aamiiinnn ! K lah tu je kowt. Nanti nanie share lg yea.
Till then. Assalamualaikum.  

P/s : Jom jom follow twitter nanie: @nanienazyra & follow instagram nanie: Nanie Nazyra

Thursday, August 1, 2013

Sekian lamaanyaaa :)



Assalamualaikummmmm

Fuhhh lama gila da tak update, seriously busy n now baru pas behenti keje. Haha.
Macam macam lah kan. Rasanya tak terlambat lagi kowt nak wish selamat berpuasa kat seluruh umat Islam di seluruh dunia. amboi amboi. bajet retis retis gitu. dushhh. -..-
Haa camne puasa kali ney ? Okayy tak ?
Haa sepanjang nanie keje ney, macam2 lah nak share ragam manusia time bulan puasa. Bukan nak mengutuk tapi nak beri pengajaran. Chewah ! Hehe.
Kalau dah puasa tu, puasa jelah kan, tak payah laa nak ponteng. Kalau bersebab takpe tapi ney dah berminggu-minggu tak puasa, tak tau nak cakap ape dah. Dah akhir zaman kowt. Takut bila pk balik. Ade jgak orang camni. Baruku sedar keadaan dunia skrg. Eishhhh eishhh eissshhh.
Nauzubillahh.
Semoga Allah memberi hidayah kepada orang-orang seperti itu. Amiinnn.
Banyak-banyak la berdoa, nak nak plak time bulan Ramadhan ney, bulan mulia kan. and bukan tu je, banyak-banyak la membuat amalan. Skrg ney dah 23 Ramadhan kan, malam-malam ganjil ney elok lah kita buat amalan banyak banyak. Kan dapat berdouble double. InsyaAllah :)
And raya pown nak dekat dah. Camne persiapan raya ? Mesti banyak benda nak disiapkan, kan ?
Baju laa, kasut laa and macam macam lahh. Seronok monokkkk bila pk nak raya ney, tapi tak tau kenapa raya kali ney nanie tak dapat rasa keseronokan tu. Mungkin sbb bekerja time puasa so tak rasa sgt kemeriahan tuu. So bila dah cuti ney mula laa nak kemas-kemas rumah, pasang langsir baruuu. Woootttt !
Hehe. Baru rasa nak raya gituuu. Huhu. 
Tahun ney raya kena ade kat 2 2 belah pihak. Maklumlah hari tu baru je lepas buka kat rumah bakal mertua. Alhamdulillah. And si dia pown ade berbuka di rumah nanie. Hehe ;) Skrg da ade lebih tanggungjawab kan.
 
And lupa nak share dgn korg masa kakak and abg si dia kawen ary tuu. Nanie join rombongan sekali tau. Huhu. Alhamdulillah semua okayy. Cuma time kenduri kat rumah dia je nanie tak dpt nak tolong for the whole day, sbb ade majlis kat belah sedara nanie plak. Just datang sekejap je dgn family. Ney nak share sikit la gambar gambar sepanjang rombongan tu. Iskk malu plakk. Huhu.







tengok tu muka malu den da kuaa da. Haha adehh rasa cam nak sepak sepak je. Dushh
Hehe insyaAllah lepas ney kitorang plak yang ddok kt tgh tuu. Huhu Amiinnnn !
Till then, Assalamualaikum :)



Monday, May 13, 2013

Please Share This - Mother's Day Haram Disambut !


Assalamualaikum semua :)
Untuk pengetahuan korg semua, Mother's Day sebenarnya HARAM disambut oleh umat Islam.
Tak caya ? Cer tgk ape Ustaz Azhar Idrus cakap.
Semoga kita tidak mudah terpesong dgn adat orang orang kristian or kafir.
Pada mulanya nanie memg tak tahu lgsg pasal ney, tapi bila dah tahu, terus bgtau family pasal ney, and kawan kawan pown dah ade yg tau. Hope korg semua pown boleh share benda baek ney and dapat terima dgn hati yg terbuka. Dapat pahala :) Walaupown dah lepas dah, but at least kita semua tau kan ? Sama samalah share okayy ??
Till then, assalamualaikum :)

Friday, May 10, 2013

SimplySiti - Clear Solution


Assalamualaikum. Hye hye ! :)
Okay kali ney nanie nk share product skincare yg sememangnya ramai wanita wanita kat luar sana tu tau tentang product SimlySiti ney. First of all nak ckp yang nanie memang susah sangat nk cari product yg betul betul sesuai ngn kulit muka nanie. FINALLY i found it, that is SimplySiti ! It was amazing and awesome bila 1st try dgn CBright. Tu pown kawan nanie yg bagi suruh nanie try. Dah try, rasa cam okay jugak laa tapi still jerawat cepat sangat muncul. Ney sume gara gara final exam yg lepas, thats why lah banyak jerawat tuh. Then next month nak try jenis laen, mungkin ade yg sesuai kan, so pergi watson terus pergi dkt bhgian SimplySiti, then i found the clear solution for oil and acne control. Tros grab benda tu, nanie beli cleanser and also toner dye. Harga tak mahal sgt, kira okay laa.

This is Clear solution cleanser 
Yang menariknya, it is charcoal cleanser. Warna blackie blackie gitu.  Its contains charcoal extract and papaya enzyme yang boleh hilangkan semua cell cell mati kat kulit muka korg without harming sensitive or irritated tissues and bagi kulit muka korg feeling soft and smooth gitu. So memg sesuai untuk kulit sensitif dan berminyak. You all patut try this product sbb memg sgt sgt berkesan. Nanie beli dalam RM 16.90 rasanya. Tapi lagi berkesan kalau korg beli,
Clear Solution Ice Toner.
Sangat sejuk dan menyegarkan. Nanie suka pakai before tidur sbb sangat sejuk and rasa nyaman sangat. Bau dye taklah wangi sgt tapi bau natural gitu. It's replenish moisture, reduce oil and refresh.
So memang terasa kesegarannya sbb it contain Xylitol yg memg bg effect cool cool gitu. Harga nanie beli sama mcm cleanser tapi time nanie beli tu maybe tgh sale so hurry up ! :)
And korg boleh try other types for example,

Natural Clay Mask

Clear Solution Scar Eraser

Clear Solution Acne Gel

Clear Solution BB Cream
Nak beli ney sbb macam best sangat. Huhu.
Tu je yg nanie nak share, selamat mencuba !
Till then, kbye !
Assalamualaikum :)






Pulau Pemanggil, Johor.


Assalamualaikum semua :)
Kali ney nanie nak kongsi pengalaman nanie pergi ke Pulau Pemanggil.
Pemanggil Island ney terletak di daerah mersing, Johor, di mana dari mersing ke Pemanggil Island mengambil masa dalam 4-5 jam dgn menaiki boat. Memang lama and sesape yg tak tahan tu memang boleh pening and muntah2. Naseb baek umi nanie siap bwk ubat tahan muntah. HUUU.
Kami sekeluarga pergi dgn jiran jiran and naek bus lagi tu. HOHO
Memang penuh 1 bus tu. HEHE. Kesian adik sye yg kecik tu, waktu naek boat muntah2 dye. HUUUU.
Okayy..Kalau sape2 yg tak tahu kt mne sebenarnya, ney dye ade peta untuk korg :)
Pulau dye takdek la besar mne kan ? HEHE. Tapi yang seronok nya kat sini boley snorkeling tau ;)
Banyak sangat ikan and cantik sangat laut dye. Biru and sangat sangat jernih. Bagi psgn yg nak honeymoon tu memg sesuai ;) Tapi make sure pergi dgn rombongan lah, sebab tempat dye agak sunyi. HEHE
Pergi sana harga tak brpe mahal, xmurah sgt, berbaloi org kata. Tapi tak ingat dah brpe sbb agak dah berbulan jgk nanie dah pergi sbnrnya. HEHE. Skrg baru ade mood nak share. 
Bagi sesape yg berminat nak pergi sini, korg boleh lah tekan sini 'Lanting Resort'. Kat sini korg boleh la tau lebih lanjut :) Dye dah siap pakej tau. Semua termasuk dgn makan, pengangkutan pergi & balik (termasuk speedboat), jungle tracking, snorkeling, telematch, in house movie, karaoke, indoor and outdoor games. Banyak kan ? Seronok sgt ! HUHU. 
Rombongan nanie bertolak malam, dalam lps isyak camtu then sampai kat jeti mersing tu ade la sampai kol 3  pagi cmtu. Then nek boat sampai kol 8 pagi. LAMAAA GILA NAK TUNGGU SAMPAI KAT PULAU. haaaaa boleh dikatakan sampai sampai tu je penat gilaa and pening tak hilang hilang. HUUU. Tapi bila dah tgk laut dye tu, WAAAAAAHHH ! Rasa cam nak terus terjun je kat jeti tu ! HEHE
Nampak ikan ikan yg sedang menanti ktorang. HUHU ;) 
Ney dye jeti and pemandangan dr jeti ke pulau.

Nanie and family duduk kt chalet yg betul betul depan laut. HUHU. Bgn2 tido je da boley tgk laut. Sangat sangat cantikkk. Cantik sangat ciptaan mu, YA ALLAH.
 Okay ney laa bilik untuk nanie dan family :) Ade dua bilik so muat la kan. 

 Ney pemandangan dari depan chalet. Cantikkk kan ?? :)

Dah sampai sume, tros pegi makan then tuka baju and ape lagi, TERJUN !! HEHE :D
Tapi sblm tu ktorg g beli alat alat untuk snorkeling. Kena bayar tau. Tak termasuk dlm pakej. Sewa untuk alat snorkeling RM15 satu set. Satu set ade topeng dgn google. Then jaket keselamtan pown kena ade. 1 RM5 tak silap. Okayy dah siap beli sume baru boleh TERJUNN ! HUHU.

HAHA dalam tak ?? HEHE boleh dikatakan kelakar la saya dgn abah and adik. Org tu memg park ktorg dkt tmpt snorkeling yg sgt dalam. Haiyaa. Mula mula tu memg takut sgt tapi bila da terjun, tak ingat ape dah, sampai hanyut jgk la ktorg jaoh dr boat. Haha. Dah macam titanic dah tiup tiup wisel sebab ktorg memg dah jaoh sgt dari boat. HAHAHA. Kelaka gila bila ingat balik. Time tu abah nanie try pakai google nk tgk kt dlm laut tu, perghh memg tak nampak ape dah. Coral sume xnmpk so memg ktorg ade betul betul kt tmpt dalam. Haha cuak gila. Tu yg sampai tiup wisel tu. HAHA. Mak ngn akak nanie yg kt atas boat tu dah risau dah kt ktorg. Pakcik boat tu pown lambat btol dtg kt ktorg. Dah la dgn jaket yg mcm nk xnak terapung tu. HAHA. Adoyy kelakar btol keluarga pkck halim ney. HEHE. Memg dah 2 3 kaly turun je, asek muka ktorg je yg hanyut. HAHAHAHA. Dah last tu memg dah tobat dah nak g snorkeling. Just snorkeling kt tepi tepi pantai tu je. Hehe. Tapi tepi tepi pantai pown ade anak ikan yu jgk tau. Kakak nanie yg nmpk, tros xnk berenang dah, HAHAHA. Then bila tido malam tu sampai termimpi mimpi time snorkeling tu. HAHAHA.
Tapi ape ape pown memg pengalaman yg sgt menakutkan. HEHE. Tapi BESTTT ! Huhu.



Curam kan tangga dye ?? Tu sbb family nanie pilih chalet yg btol2 depan laut. Senang tapi same je sbnrnya sbb kalau nak g dewan makan, memg kena naek tangga yang curam ney. Memang org kata, pas abes makan je lapa balik sbb dah abes tenaga naek turun tangga. HAHA.
Esoknya ktorg g jalan jalan naek boat ke kampung belakang pulau. Ape ntah nama kampung tu. Ha kat situla ktorg ade outdoor games. Kat sini pown nanie snorkeling lagi tapi kat tepi tepi je sbb kat sini tmpt snorkeling dye best. Ade banyak sgt coral and ikan. Ikan todak pown ade, tapi ank dye jela. Kalau ibu dye ade memg kena NGAP la kan. HEHE :D


*tak ready nak snap lg, adehh*
Ney ade video untuk korg, 'Jalan jalan di Pulau Pemanggil' kalau korg boleh nmpk ikan todak tu memg bagus la mata korg. HUHU.
Ney Hannah, bajet bajet retis gitu. HUHU
Kat kampung ney nanti ade batu gajah. Batu tu memg nampak mcm gajah. Besar sgt. Kat situ la yg ade rock climbing tak silap. Jungle tracking sume kt kawasan situ. Tak caya ? Ha tgk gambar ney.





Tapi untuk sesapa yg pakai digi tu, sory ar beb, memg takdek line lgsg kat sini. Yg ade pown just maxis and celcom je. Tu pown kena pandai2 cari tempat la. Kat kmpg seberang tu ade line pnoh untuk celcom :) Maxis kurenggg :( Nanie dah la pakai digi and maxis, memg xdpt nk kol sape2 time kt pulau tu. Just guna maxis jela tp susah cket nk dpt line. Memg mcm orang asli dah kat sana. HUUUU :(
Tapi ape ape pown memg seronok and happy sgt dpt pergi sana, dapat lihat keindahan alam, yg sgt sgt cantekk ! Alhamdulillah kami sekeluarga selamat pergi dan balik. Till then, kbye. Assalamualaikum :)

Tuesday, May 7, 2013

Tuesday, April 23, 2013

Malam Accountancy 2013 (picture)

Assalamualaikum.
Hari tu takdek gambar diri sendiri for Malam Accountancy.
So post kali ney nak post gambar je.
HUHUHU ;)
 
ney jijul, zaty and poja :)

 
meah dan saya :)

 
ciema ciemot :)




 
afiq and meahh :)